My love for you dies when the last petal of these roses falls :)

My love for you dies when the last petal of these roses falls :)

Sunday 27 July 2014

lumrah hidup

Assalamualaikum , hai uolss . lamanya eyra tak update blog . tengok tengok , berhabuk bersarang dah blog ni . haha . lama tak update rasa nya macam malas nak menari nari jari dekat keyboard ni . lagipun takde masa nak update hari hari . maklumlah, orang dah berkerjaya. sangat lah kan ? hehhe . uolss smua sihat ?

so mcm mana dengan puasa uols smua ? moga lebih baik daripda tahun sebelumnya :) baru harini sempat nak update blog. maaflah , busy dengan esaimen (poyo kay) hihih . ni sebab dah balik rumah kan, nak raya dengan family trcinta kan, nak raya dengan husband tersayang kan ? Eh ehh . haha . tu sebab free sikit nak update . harini last kita berpuasa. memang terasa happy nak raya, tapi dalam masa yg sama rasa sedih nak mninggalkan Ramadhan tahun ni. tahun depan entah kita berjumpa lagi ke tidak . InsyaAllah ada umur yg panjang psti akan bertemu Ramadhan lagi :)

sekrang rasa malas nya nak bercerita dekat blog lagi . biarlah eyra bercrita dengan Sang Pencipta pulak :) Alamdulillah, bersyukur diberi peluang utk bernafas lagi . hidup ni nampak je senang, tapi susah sebenarnya . kalau boleh, nak jadi anak kecil yang sentiasa didukung, disuap , di manja , dibelai . tapi mustahil sekali . move on lah eyra, kau da besar . peduli kan smua duniawi , kerana ia tak kekal abadi :)

straight to the point, terasa penatnya hidup macam ni. kalau tak sakit hati tak bole kan ? kalau tak rasa iri hati dengan org lain tak bole iye ? manusia, tak penah yang puas . Manusia tak bole tgk org lain lebih , mesti dengki . kenapa ? bukankah Allah telah mngaturkan stiap hidup manusia dengan caraNya . mngapa perlu ada tamak dengan hidup org lain .

oleh itu, ak memohon dan meminta hanya kepada Allah . biarlah Dia yang menentukan segalaNya . kerana aku pengemis cinta dan Dia Pemilik Kebahagiaan . Kerana Dia Maha Kuat,maka ak minta kekuatan. Kerana Dia Maha Mendengar, maka aku meluahkan rasa yang trkandung dalam hati sanubari aku . Dan kerana Dia maha Menyayangi, maka aku minta tanamkan rasa sayang ini :)


dah uols , iols dah penat bercerita . sekarang nak rebus ketupat nak masak rendang utk raya esok . biarlah waktu yang berbicara , biar waktu yg mnentukan.
selamat hari raya uols . maaf andai beribu kesalahan yang pernah iols buat . berjuta keterlanjuran kata , tersalah bicara dan sebagainya. raya jemput datang rumah . uools yg da bessar memang tak dapat duit raya . hehe :) kalau nak duit raya, bwak adik2 sekali . sebab budak2 confirm dapat . salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin :)

Monday 14 April 2014

bercerita lagi setelah lama tidak meng'update'

Assalamualaikum warga blogger, warga facebooker, warga instagram, warga tagged, warga wechat dan warga so on . eh ehh, ahha :) lama nyaa tak update, rindu sangat . sorry uollss, iolls takde masa nak update selalu . biarlah bersarang, berhabuk pun blogg kita ni, ada sikit corak morakk kan kan. ahha . baru nampak seni. hee :D

uolss sihat ? alhamdulillah, kita bertambah sihat sihat ni. mana taknya, ibu masak sedap sangat. kita pun berselera sekali, hee . syukur diberi nyawa diberi nafas sehingga harini . okay, straight to the point laahh kan , malas nak berdalih dalih lagi. ofcourse laa kalau update blog ni mesti nak share something, mesti nak cakap something, mesti nak potpet something. HAHA . mohon bagi penyepaakkk cepatt :P



Alhamdulillah, akhir2 ni rasa macam bahagiaa sangat sangat. eh ehh, kenapa ye ? ? tapi bahagia tu cuma singgah sebentar . takpelahh, janji kita merasa jugak bahagiaa tu even cume sekejap :) walhal org lain, tak merasa pun bahgia yang kita rasa, tak dapat pun gembira yang kita lalui. sepatutnya kita bersyukur, ada org yang tak pernah dapat macam apa yg kita dapat sekrang . kenapa perlu merungut ? kenapa perlu ada perasaan tidak puas hati ? kenapa dan kenapa ? sebab kita manusia, yang hati kita mudah utk berbolak balikk :))

okay okay, lets me story moryy first, kenapa tetiba2 rasa bahagia tu sekejap je hadir, skejap je datang. pleasee kay eyra, mohon jangan ulang ayat tu banyak kali . haha :) alhamdulillah, Ujian Allah tanda Dia sayang kita kan ? maka bersyukurlah , Allah takpernah lupa kita, tak pernah abaikan kita. tengokk, btapa pedulinya Dia kepada kita, tapi kita ?? sering kali lupa, sering kali lalai melakukan ibadatNya :(( 

Kadang kita tak sedar, dalam kalangan kita ada yang hatinya jarang sekali disapa bahagia. Dalam kalangan kita ada yang sedang menahan perit sebuah kehidupan. Ada yang menyimpan luka dalam diam. Ada yang diuji dari segenap ruang.
Dan kita?
Mudah sekali meneka. Mudah sekali menghakimi dan mengadili. Masa tak pernah menentukan apa-apa. Allah yang atur. Dengan izin-Nya, tentang apa jua. Cuma masa itu selalu memberi peluang utk kita usaha, doa dan memperbaiki diri. Masa itulah yang Allah peruntukkan buat kita merawat hati.
Allah dah aturkan semuanya. Allah dah tulis jalan cerita hidup kita. Mungkin ada yang jalan cerita hidupnya gembira atau mungkin sedih atau mungkin susah. Tapi Allah tak pernah aturkan sesuatu itu dengan sia-sia. Pasti ada sebabnya, ada hikmahnya. Kalau awalnya pahit, pasti di akhirnya manis :')

husnuzon, bersangka baik dengan Allah. Ujian yang sedikit kita merungut, apatah lagi jika ujian yang melimpah ruahh. sdangkan Allah sudah beri nikmat yang tidak terhingga, cuma kita manusia yang tidak pernah bersyukur, yang selalu lalai , yang selalu lupa Dia ada bersama kita :) kadang kadang bukan Allah taktahu kita sudah lelah dgn ujian yang sama, sakitnya yang sama. Cuma insan yang berbeza dihantarnya. Tapi kerana kita yang masih gagal belajar dari ujianNya =)) Kerana Allah Sayang, Sebab Itu Allah Turunkan Ujian Hebat buat kita semua . 




........................................................................................................................................................................................................................

okay, next topik pulakk ye. mesti buhsan sangat kan nak dengar cerita yang sama ulang2. hehe. takpe, iolss paham, iolls pun penah lalui jugak mcm uolss rasa sekarang. hahha :D

first, meh kita kenalkan dulu somone special ni. eh ehh , siapakahh ? trus terang jeee laaa. dia someone yang baik, seorang yang memahami. mungkin da macam habang dengan adikk kan kan :D seorang yang taat perintah Allah dan ibubapa. dan iolss pun sangat selesa bila kawan dengan dia. insyaAllah, saya harap hubungan ukhwah fillah ini berkekalan . kalau tidak didunia, saya harap diakhirat kelak. Amin :)) jaga diri selalu yee . mohon jangan nakal nakal, saya cepukk nanti :D :P


berbuka puasa :) #together #pendekk #pizzahut #selfie #syukur



beri dia kekuatan dan ketabahan, YaAllah. utk hadapi semua ujian dan dugaan Kau yang akan datang. berikan yang terbaik utk hidup dia , utk keluarga dia. semoga Allah menjga dan melindungi awak ,Encik muhammad nurhakim bin abd razab :')



habang habang sangat :))

terima kasih beri rasa bahagia, terima kasih beri rasa gembira, trima kasih beri rasa suka dan duka. terima kasih menjadi pelndung sejati, terima kasih untuk segalanya :)




Tuesday 31 December 2013

tahun baru, azam pun baru xD

Assalamualaikum. hai warga blogger sekalian :) rindunya nak update blog lagi. lama sangat jari ini tak menari-nari dekat keyboardd . hihi . tengok da berhabuk and bersarang blog kita ini. nampak tak nampak tak, HAHA.
 kalau dulu ada je masa terluang nak update blog. tp sekarang tgh praktikal, so busy sedikit .

jujur, bukan mudah untuk pujuk hati saat kita jatuh lemah tak bermaya

bukan setakat busy je, pening kepala pun termasuk sekali . hari2 mengadap keje yang sama . bila lahh nak habis ni, hihi . tapi Alhamdulillah 
praktikal dekat sini best. 
senior2 semua baikk baik belaaakaa :) 

alahai, rindu plak nak pegi kuliah, nak masuk kelas, 
nak jumpa lecturee, nak jumpa 
kengkawan kengkawan . sabarlahhh, bila berjauhan,
 pasti rindu itu akan wujud ^^ bila lagi rindu rindu, 
time cengginiee lahh . hee 

Alhamdulillah, da nak masuk tahun 2014 .
 tak sgka cepat sangat da umur aku 20 tahun . rasanya 
macam 18 lagi kott :P nanti mesti rindu dekat 
zaman2 muda, zaman2 belasan tahun. ceewaahh, takpayah poyo 
sangat . umur kita makin lama makin tua, harap perangai kita jugak meningkat kedewasaan =)

azam baru ? ofcourse semua org ada azam baru kan, 
ada impian yang menggunung tinggi. 
yang penting niat kita kena betul :) InsyaAllah, Allah permudahkan.
 semoga tahun baru ini memberi berjuta makna
 kepada kita semuaa. buang yang keruh, ambil yang jernihh . 
hati pun banyak tenang ouhhh. tutup buku lama, bukak buku baru . yeahh xD

belajar memaafkan orang yang pernah melukakan hati kita . 
kerana sebab dia jugak , kita belajar bgaimana rasanya gembira,
rasanya sakit, rasanya kecewa, rasanya derita.
 sebab dia jugak kita belajar utk kuat, 
untuk tabah even banyak kali jatuh :) 
disebalik semua itu, pasti akan ada kebahgiaan buat kita semua
 . Suatu hari nanti kita akan rasa betapa bertuahnya diri kita. Kita akan sedar betapa beruntungnya Kita diuji sebegitu.maka seharusnya kita bersyukur ^^
tanpa ada siapa siapa pun disisi kita, Dia tetap ada tetap menanti :)

setiap orang diuji diatas kemampuan masing2 . 
Ujian itu kekuatan, tanda Allah sayang kita. 
Allah tahu apa yang terbaik utk kita. 
sabarlahh, suatu saat nanti pasti kita akan ketemu bahagia 
yang kita cari selama ini :)

demi Allah aku tak kuat dan kerana
 Allah aku harus kuat :)

Between living well or living hell.
We’re made our choices and we’ve made it through.
Because we’ve choose the one 

Wednesday 9 October 2013

Cinta Itu Tak Perlukan Sebab ;)

Assalamualaikum uolss, selamat pagi warga2 blogger, warga2 facebook warga2 instagram, warga2 twitter and so on :) Alright, harini eyra nak share something dekat uolss . terasa sedih bila baca kisah ni. memang cinta itu tak perlukan sebab even kadang2 kita terlalu ingin tahu kenapa kita dicintai. memang jugak cinta itu perlukan pengorbanan. tapi tak guna kan bahagia diatas derita orang lain ^^ chill, mencintai Allah kekal Abadi. kejar cinta Allah dulu, baru cinta manusia . . 


 ''Cinta dan kasih sayang harus diungkap dengan baik agar sesuai dengan ukurannya''
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri bersiar – siar di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.
♥Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
♥ Suami : Abang tidak dapat menjelaskan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai kamu sayang..
♥ Isteri : Abang tidak dapat menjelaskan sebabnya? Bagaimana abang boleh kata abang sayang dan cinta saya sedangkan abang tidak dapat menjelaskannya.
♥ Suami : Betul! Abang tidak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan kamu!
♥ Isteri : Abang tidak  dapat beri bukti! Tidak! Saya ingin abang jelaskan kepada saya sebabnya. Kawan- kawan saya yang lain yang mempunyai suami, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun sayang abang tak dapat menjelaskan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata “Baiklah! abang mencintai kamu sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan memberi perhatian kepada abang selalu. Abang juga suka senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah, di situlah cinta abang bersama kamu”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penjelasan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya.

Isi surat tersebut :
“Sayangku..
Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang dapatkan engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan perhatian mu aku mencintai mu… sekarang dapatkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang dapatkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat  mencintai mu.
Jika cinta itu memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak.
Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta itu tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati

Sayang … aku sayang kamu …
kamu yang  menumbuhkan cintaku..
kamu  yang memberikan kebahagiaan untuk ku..
kamu  yang memberikan senyum untuk ku..
kamu yang ditakdirkan bersama ku,,,
Sayang .. bangunlah dari tidur panjangmu,
Aku sangat merindukanmu…


 Saya ingin merasakan indahnya menemui cinta kerana Allah. Saya dapat rasakan hebatnya ketenangan jiwa yang lebih bermakna. Saya ingin terus memburu cintaNya. Hanya apabila tersemai semangat mencari cinta Allah dalam jiwa, barulah saya kenal nikmat cinta sebenarnya. Sesungguhnya, cinta Allah itu tidak boleh dikongsi dengan sesiapa .

Thursday 19 September 2013

birthday girl :)

Assalamualaikum warga blogger. banyaknyaa nak story hari ini. korang semua sihat ? ofcourse la sihat kan. hihi. okay, straight to the point je yee. act, eyra da rindu sangat dengan korang semua. poyo kan kan, kenyitt mata sikit *_^

sejak akhir akhir ni, esaimen banyak sangat yang nak kena submit. kelam kabut jadinya kitaorang, tuu la sape suruh buat last last minit kan. yang kali buat awal awal, hati pun senang. takdelaah kelam kabut sangat.

heyy, birthday girl :)

okay okay, semalam birthday eyra yang ke ---- ehh eh, takpayah la bgitahu, segan. HAHA. yeahh, da tua rupanyaa kan. ingat kan muda lagi. hihihi. terasa nak masuk tadika balik, belajar abc lagi. ngee, rindunya zaman zaman persekolahan dulu. rindu dekat kawan kawan. masing masing semua busy dengan life masing2. semua da ad kerjaya sendiri kan.

tak sangka bila hari lahir kita tiba, kita akan tersenyum hingga ke telinga. HAHA, kenapakah ? thanks awak2 semua yang sudi wish and mendoakan kita  :) Barakallahu fik, semoga Allah memberkati kamu semua. happy sebab kawan kawan selalu ada bila eyra susah. bila sedih, ada yang menghiburkan. memang tak semua yang akan memahami kita. memang tak semua juga yang akan suka dengan kita. btw, thanks sayang belanja makan semalam. even mula mula rasa agak malu jugak. hihihi :P

rindunyaa dekat family, rindunya dekat masakan ibu. heyy, ibu jadi orang first yang wish kita malam tuh. winkkk wink, always sayang ibu. terima kasih ibu ayah, begitu besar pengorbananmu. eyra bersyukur mempunyai ibu seperti ibu. selalu memahami masalah anak2mu, selalu ada disaat anak2mu susah. dan selalu mendoakan ibu ayah sentiasa sihat selalu dan sentiasa berada dalam lindungan Allah. me always love u, ibuayah :)

saat saat takde keje, ketika waktu rehat :D

hobbiess :)

semoga menjadi anak yang solehah, yang taat akan perintah Allah, perintah kedua ibubapa. menggembirakan hati kedua ibu bapa dan menyayangi mereka sepenuh hati eyra . sayang ibu ayah :)

girlfriendss :)

iloveyou sayang :*

semoga kamu lebih tabah menghadapi semua dugaan dan ujian Allah. semoga kamu memjadi anak yang solehah dunia dan akhirat. terimakasih selalu ada untuk omey. sayang yaya selalu :)

Tuesday 10 September 2013

Kehebatan Amalan Istighfar :)

Assalamualaikum blogger. selamat petang semua. minggu ni banyak sangat esaimen banyak sangat kerja yang tertangguh, since da nak akhir2 ni kan. okay okay, straight to the point je yee. hari ni nak share tentang hebatnya Istighfar . Istighfar tuh perlu dalam kehidupan harian kita. and tiap masa, tiap saat, tiap minit kita perlu ingat Allah :) 


Imam Al-Ghazali pernah berkata: 
"Cara hidup kita didunia adalah bayangan cara kehidupan kita di Akhirat nanti."

Sebagai hamba Allah, kita tidak harus lalai daripada bertaubat dan istighfar kerana tiada seorang manusia yang tidak dapat lari daripada melakukan dosa. Untuk melepaskan diri daripada belenggu dosa dilakukan secara sedar atau tidak, ialah dengan memperbanyakkan taubat dan istighfar kepada Allah. Sesungguhnya, beruntunglah hidup seseorang mukmin yang apabila tergelincir ke lembah dosa dan merasakan dirinya jauh dari Allah, lalu berusaha keras melakukan taubat dan beristighfar. Orang ini akan disucikan kembali hatinya dan kehidupannya pasti disinari kebahagiaan melalui pelbagai nikmat . nikmat Allah itu indah tanpa kita sedar :)



1. Menggembirakan Allah
Rasulullah SAW bersabda, “Sungguh, Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya daripada kegembiraan salah seorang dari kalian yang menemukan untanya yang hilang di padang pasir.” (HR.Bukhari dan Muslim).

2. Dicintai Allah
Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri.” (QS.al-Baqarah: 222). Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah. Orang yang bertaubat atas dosanya, bagaikan orang yang tidak berdosa.”(HR.Ibnu Majah).

3. Dosa-dosanya diampunkan
Rasulullah SAW bersabda, “Allah telah berkata,’Wahai hamba-hamba-Ku, setiap kalian pasti berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kalian kepada-Ku, nescaya kalian Aku ampuni. Dan barangsiapa yang meyakini bahwa Aku punya kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli (beberapa banyak dosanya).”(HR.Ibnu Majah, Tirmidzi). Imam Qatadah berkata,”Al-Qur’an telah menunjukkan penyakit dan ubat kalian. Adapun penyakit kalian adalah dosa, dan ubat kalian adalah istighfar.” (Kitab Ihya’Ulumiddin: 1/410).

4. Selamat dari api neraka
Hudzaifah pernah berkata, “Saya adalah orang yang tajam lidah terhadap keluargaku, Wahai Rasulullah, aku takut kalau lidahku itu menyebabkan ku masuk neraka’. Rasulullah SAW bersabda,’Dimana posisimu terhadap istighfar? Sesungguhnya, aku senantiasa beristighfar kepada Allah sebanyak seratus kali dalam sehari semalam’.” (HR.Nasa’i, Ibnu Majah, al-Hakim dan dishahihkannya).

5. Mendapat balasan syurga
“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang didalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal didalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.”(QS.Ali’Imran: 135-136).

6. Mengecewakan Syaitan
Sesungguhnya syaitan telah berkata,”Demi kemulian-Mu ya Allah, aku terus-menerus akan menggoda hamba-hamba-Mu selagi roh mereka ada dalam badan mereka (masih hidup). Maka Allah membalasnya,”Dan demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku senantiasa mengampuni mereka selama mereka memohon ampunan (beristighfar) kepada-Ku.” (HR.Ahmad dan al-Hakim).

7. Membuat syaitan putus asa
Ali bin Abi thalib pernah didatangi oleh seseorang,”Saya telah melakukan dosa’.'Bertaubatlah kepada Allah, dan jangan kamu ulangi’,kata Ali. Orang itu menjawab,’Saya telah bertaubat, tapi setelah itu saya berdosa lagi’. Ali berkata, ‘Bertaubatlah kepada Allah, dan jangan kamu ulangi’. Orang itu bertanya lagi,’Sampai kapan?’ Ali menjawab,’Sampai syaitan berputus asa dan merasa rugi.”(Kitab Tanbihul Ghafilin: 73).

8. Menghalang Azab
Allah berfirman,”Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.”(QS.al-Anfal: 33).

9. Menjauhi kesedihan
Rasulullah SAW bersabda,”Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberinya rizki dari arah yang tiada disangka-sangka.”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).

10.Melapangkan kesempitan
Rasulullah SAW bersabda,”Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka,”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).

11. Memudahkan rezeki
Rasulullah SAW bersabda,”Sesungguhnya seorang hamba boleh tertahan rezekinya kerana dosa yang dilakukannya.”(HR.Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah).

12. Membersihkan hati
Rasulullah SAW bersabda,”Apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah noda hitam di hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, maka bersihlah hatinya.”(HR.Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tirmidzi).

13. Mengangkat darjatnya disyurga
Rasulullah SAW bersabda,”Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat seorang hamba di syurga. Hamba itu berkata,’Wahai Allah, dari mana saya dapat kemuliaan ini?’ Allah berkata,’Kerana istighfar anakmu untukmu’.”(HR.Ahmad dengan sanad hasan).

14. Mengikuti sunah Rasullullah SAW
Abu Hurairah berkata,”Saya telah mendengar Rasulullah bersabda,’Demi Allah, Sesungguhnya aku minta ampun kepada Allah (beristighfar) dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali’.”(HR.Bukhari).

15. Menjadi sebaik-baik orang yang bersalah
Rasulullah SAW bersabda,”Setiap anak Adam pernah bersalah, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah yang segera bertaubat.”(HR.Tirmidzi, Ibnu Majah, al-Hakim).

16. Bersifat sebagai hamba Allah yang sejati
Allah SWT berfirman,”Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang-orang yang berdoa:”Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka,”(Iaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap ta’at, yang menafkahkan hartanya (dijalan Allah), dan yang memohon ampun (beristighfar) di waktu sahur.”(QS.Ali’Imran: 15-17).

17. Terhindar dari seorang yang zalim
Allah berfirman,”…Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”(QS.al-Hujurat: 11).

18. Mudah mendapat anak
Allah berfirman,”Maka aku katakan kepada mereka:”Mohonlah ampun (istighfar) kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS.Nuh: 10-12).

19. Mudah mendapat air hujan
Ibnu Shabih berkata,”Hasan al-Bashri pernah didatangi seseorang dan mengadu bahawa daerahnya tandus, ia berkata, ‘Perbanyaklah istighfar’. Lalu ada orang lain yang mengadu bahawa kebunnya kering, ia berkata, ‘Perbanyaklah istighfar’. Lalu ada orang lain lagi yang mengadu bahwa ia belum punya anak, ia berkata,’Perbanyaklah istighfar’.(Kitab Fathul Bari: 11/98).

20. Bertambah kekuatannya
Allah SWT berfirman,”Dan (dia berkata):”Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.”(QS.Hud: 52).

21. Bertambah kesejahteraanya
Allah SWT berfirman,”Maka aku katakan kepada mereka:”Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS.Nuh: 10-12).

22. Menjadi orang yang beruntung
Allah SWT berfirman,”Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(QS.an-Nur: 31). Aisyah berkata,”Beruntunglah, orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka.”(HR.Bukhari).

23. Keburukannya diganti dengan kebaikan
Allah SWT berfirman,”Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(QS.al-Furqan: 70). “Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.”(QS.Hud: 114).

24. Menggambarkan sebagai seorang mukmin
Rasulullah SAW bersabda,”Tidak seorangpun dari umatku, yang apabila ia berbuat baik dan ia menyedari bahwa yang diperbuat adalah kebaikan, maka Allah akan membalasnya dengan kebaikan. Dan tidaklah ia melakukan suatu yang tercela, dan ia sadar sepenuhnya bahawa perbuatannya itu salah, lalu ia mohon ampun (beristighfar) kepada Allah, dan hatinya yakin bahawa tiada Tuhan yang boleh mengampuni kecuali Allah, maka dia adalah seorang Mukmin.” (HR.Ahmad).

25. Berkeperibadian seorang yang bijak
Seorang ulama berkata,”Tanda orang yang arif (bijak) itu ada enam. Apabila ia menyebut nama Allah, ia merasa bangga. Apabila menyebut dirinya, ia merasa hina. Apabila memperhatikan ayat-ayat Allah, ia ambil pelajarannya. Apabila muncul keinginan untuk bermaksiat, ia segera mencegahnya. Apabila disebutkan ampunan Allah, ia merasa gembira. Dan apabila mengingat dosanya, ia segera beristighfar.” (Kitab Tanbihul Ghafilin: 67).




Firman Allah bermaksud: “Dan (dia) berkata, wahai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia akan menurunkan hujan yang sangat deras atas kamu dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.” (Surah Hud, ayat 52)

 fa’iza ‘azamta fatawakkal’alal lah (setelah kamu berazam maka bertawakkal lah)
Jazakallahu khairan kathira (Semoga Allah memberi kebaikan yang banyak kepadamu)

Wednesday 12 June 2013

hosmate, hoskelas :)

Assalamualaikum. selamat malam awak. huyheyy, bosannya malam malam ni kan ? tak tahu nak buat apa da ni. minggu ni eyra balik hostel. setelah lama bercuti, akhirnya terpaksa balik untuk meneruskan sesi pembelajaran di Politeknik Melaka. ayat skemanyaa kan :)

yeeahh, memang tak sabar nak balik. jumpa kawan kawan yang gila gila tuu. hihi. tapi the same time rasa sedih plak ank tinggalkan rumah. Ya Allah, sampai bila mahu macam ni. kelak, terpisah jua nanti. permudahkan segalanyaa ^^ nak masuk SEM 3 da, rasa mcm baru daftar SEM 1 :)

heyy kawan kawan rumah, kawan kawan bilik, jumpa minggu ni yee. btw, rindu sangat nak dengki korang, nak main lari lari. HAHA. biar encik zul mara ye :P
nak main UNO lagi, nak study sama sama. kuikui . geli plakk rasaa. mesti la korang rindu aku kan ? terharu sangat sangat . kita kat sini memang rindu awok semuaa :)

tahniah pada semua bestiiee yang dapat pointer yg baik baik tuh. kelak, kita usaha lagi ye. yeahhh, nanti hang ramai ramai. biar gegar dataran pahlawan tuh yee ;) jelly, blnja baskin robbin  . kuikuii. rindu jelly daa ni. selalu if bgun tido, dia org first yang me nampak. bila kat ruma, rasa lain pulak. phewwiittt :)

haaa, jadual kuliah da dapat. awalnyaa. alahaii, baru igt first2 masuk nak intro diri dulu. cehh cehhh. study study. jgn main main. awok awokk semua, jgn ajak kita berjalan lagi yee. nanti duit abis lagi. kahkah. nak nak ziera dgn inah yang selalu ajak shopping. me dgn jelly suka duduk ruma, kemas rumaa. kan jelly :P *kenyittt mata skit ;)

DAT2D terbaik :)

accounting :)