Assalamualaikum uolss, selamat pagi warga2 blogger, warga2 facebook warga2 instagram, warga2 twitter and so on :) Alright, harini eyra nak share something dekat uolss . terasa sedih bila baca kisah ni. memang cinta itu tak perlukan sebab even kadang2 kita terlalu ingin tahu kenapa kita dicintai. memang jugak cinta itu perlukan pengorbanan. tapi tak guna kan bahagia diatas derita orang lain ^^ chill, mencintai Allah kekal Abadi. kejar cinta Allah dulu, baru cinta manusia . .
''Cinta dan kasih sayang harus diungkap dengan baik agar
sesuai dengan ukurannya''
Dalam
satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri bersiar – siar di
tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang
disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.
♥Isteri
: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
♥
Suami : Abang tidak dapat menjelaskan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai kamu sayang..
♥
Isteri : Abang tidak dapat menjelaskan sebabnya? Bagaimana abang boleh kata
abang sayang dan cinta saya sedangkan abang tidak dapat menjelaskannya.
♥
Suami : Betul! Abang tidak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan kamu!
♥
Isteri : Abang tidak dapat beri bukti! Tidak! Saya ingin abang jelaskan
kepada saya sebabnya. Kawan- kawan saya yang lain yang mempunyai suami,
semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan
syair lagi. Namun sayang abang tak dapat menjelaskan sebabnya.
Si suami menarik nafas
panjang dan dia berkata “Baiklah!
abang mencintai kamu sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang
dan memberi perhatian kepada abang selalu. Abang juga suka senyuman manis dan
setiap tapak sayang melangkah, di situlah cinta abang bersama kamu”
Si isteri tersenyum
dan berpuas hati dengan penjelasan suaminya tadi.
Namun begitu selang
beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih
dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan
di sebelah katil isterinya.
Isi
surat tersebut :
“Sayangku..
Jika
disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang dapatkan engkau bersuara? Tidak!
Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan
perhatian mu aku mencintai mu… sekarang dapatkah engkau menunjukkannya? Tidak!
Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu.
Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum?
Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu.
Jika
disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang dapatkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu.
Jika
cinta itu memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab
mencintai mu lagi.
Adakah
cinta memerlukan sebab? Tidak.
Aku
masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta itu tidak perlu ada sebab.
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat,
dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati
Sayang
… aku sayang kamu …
kamu
yang menumbuhkan cintaku..
kamu
yang memberikan kebahagiaan untuk ku..
kamu
yang memberikan senyum untuk ku..
kamu
yang ditakdirkan bersama ku,,,
Sayang
.. bangunlah dari tidur panjangmu,
Aku
sangat merindukanmu…
Saya ingin merasakan indahnya menemui cinta
kerana Allah. Saya dapat rasakan hebatnya ketenangan jiwa yang lebih bermakna.
Saya ingin terus memburu cintaNya. Hanya apabila tersemai semangat mencari
cinta Allah dalam jiwa, barulah saya kenal nikmat cinta sebenarnya.
Sesungguhnya, cinta Allah itu tidak boleh dikongsi dengan sesiapa .